KATA NAMA
1. Kata nama dapat
digolongkan kepada tiga:
a. Kata Nama Am
- Digunakan untuk menerangkan
nama sesuatu benda,haiwan,manusia,tempat dan konsep.
- Ditulis
dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada pangkal ayat. -
Contoh:meja,kerusi,lembu,tikus,guru. - Contoh
ayat: Ayam berkokok di atas pagar. b. Kata Nama Khas -
Huruf pertama bagi setiap kata nama khas mesti ditulis menggunakan huruf besar. - Contoh: Suzuki,Malaysia,Pak
Belang,Siti. - Contoh ayat: Dayang Karmila sedang mendendangkan sebuah
lagu sentimental. c. Kata Ganti Nama - Perkataan yang digunakan menggantikan kata
nama khas dan kata nama am. -
Kata ganti nama terbahagi kepada lima iaitu:
(i) Kata Ganti Nama Diri
- Digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
- Terbahagi kepada tiga iaitu: . Kata Ganti Nama Diri Pertama - menggantikan nama orang yang bercakap (aku,saya,hamba,kami) Kata Ganti Nama Diri Kedua - menggantikan
nama orang yang diajak bercakap (awak,kau,kamu,kalian)
. Kata Ganti Nama Diri Ketiga - menggantikan diri orang yang bercakap
halnya(dia,beliau,ia) (ii) Kata Ganti Nama Tanya - Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
- Biasanya menanyakan tentang manusia,haiwan,benda,tempat,
dan bilangan.. - Contoh :
apa,siapa,bila,bagaimana,mengapa,berapa,mana. (iii)
Kata Ganti Nama Tak Tentu - Menunjukkan seseorang atau sesuatu secara
tidak tentu. - Terbit daripada penggandaan kata ganti
nama tanya.
- Contoh : apa-apa,siapa-siapa,bila-bila.
(iv) Kata Ganti Nama Tempat - Digunakan untuk menunjukkan kedudukan
sesuatu tempat.
(v) Kat Ganti Nama Tunjuk - Digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau
seseorang. - Contoh : ini,itu,begini,begitu, dan
demikian. - sebagai penanda kata nama,menjadi subjek
predikat, dan penentu belakang. KATA KERJA 1. Kata kerja ialah
perkataaan yang menerangkan kerja atau perbuatan yang dilakukan. 2. Kata kerja terbahagi kepada dua
iaitu:
a. Kata Kerja Transitif - Mempunyai objek atau benda lain yang kena
oleh perbuatan itu. - Memerlukan objek untuk membentuk ayat
lengkap. - Objek mestilah terdiri daripada kata nama: - Kata Kerja Transitif terbahagi kepada dua: (i) Kata Kerja Transitif Aktif - Menerima imbuhan awalan men-dengan atau
tanppa akhiran -kan atau –i. - Contoh ayat: Rabiatul sedang menjahit pakaiannya. (ii) Kata Kerja Transitif Pasif - Terbina daripada perubahan ayat aktif kepada
ayat pasif. - Lazimnya menerima imbuhan awalan di-.
Contoh ayat : Pakaian itu dijahit oleh Rabiatul. b. Kata Kerja Tak Transitif -
Dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan
objek. - Berbentuk : (i) Tungggal -
Contohnya : balik,tidur,pergi. - Contoh ayat : Fikri makan (ii) Berimbuhan -
Contoh : ter-,ber-,men-, ber...an,
dan ber...kan. -
Contoh ayat : Hanif
tersepak batu. KATA ADJEKTIF 1.
Kata Adjektif ialah perkataan-perkataan yang menerangkan sifat kata nama
iaitu benda,manusia,haiwan,tempat, dan
sebagainya. 2. Kata
adjektif dibahagi kepada:
(a) Sifat (cantik,cergas,pandai) (b) Warna (merah,biru,putih) (c) Ukuran (rendah,tinggi,pendek) (d) Bentuk (bulat,bengkok,bundar) (e) Pancaindera (manis,tawar,pedas) (f)
Waktu (lambat,lama,segera) (g) Cara (lincah,perlahan) (h) Perasaan (sayang,marah,benci) 3. Contoh ayat : Ayah membeli sebuah kereta baru. KATA HUBUNG 1.
Kata hubung berperanan sebagai penghubung kepada unit-unit bahasa, iaitu bertugas menggabungkan dua atau lebih
frasa,kata,dan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu
: a. Kata Hubung Gabungan -
Menggabungkan kata,frasa, dan ayat yang setara. - Contoh :
dan,serta,lalu,kecuali,melainkan,atau,tetapi,malahan,sambil,maka. - Contoh Ayat
: Noni kurus tetapi adiknya gemuk. b. Kata Hubung Pancangan - Menggabungkan ayat-ayat
kecil dengan satu ayat induk. -
Contoh : agar,supaya,apabila,ketika,semasa,kerana,selagi,dengan,hingga,sampai. - Contoh ayat : Semenjak kematian ibunya,Rohana sering
termenung. c. Kata Hubung Pasangan -
Digunakan secara berpasang-pasang dan kedudukan perkataan-perkataan ini adalah terpisah. - Contoh : baik....mahupun, baik....ataupun,bukan
sahaja.... bahkan juga,
entah....entah jangankan....pun, usahkan....pun,
semakin....semakin, kian, sedangkan.....apatah lagi,
sungguhpun....tetapi, walaupun....namun. Contoh ayat : Walaupun Pak Mat sudah tua namun dia masih
mampu bekerja. KATA SENDI NAMA 1. Kata sendi nama ialah kata
yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dan ayat. 2.
Contoh kata sendi nama ialah : (a) dari - untuk masa, tempat, dan arah. (b) daripada - untuk
manusia,perbandingan,sumber,bahagian,sesuatu,perbezaan, dan benda abstrak. (c) pada - digunakan untuk waktu, masa, manusia, binatang,
dan benda-benda abstrak. (d) ke - digunakan untuk
tempat, masa, arah, dan benda tidak bernyawa.
(e) kepada -
digunakan untuk benda bernyawa, dan abstrak. (f) dengan -
digunakan untuk hubungan yang bermaksud bersama, bandingan, sesuatu, atau padanan. (g) akan - digunakan untuk kata adjektif yang
bersifat emosi. (h) di -
digunakan untuk tempat dan arah. (i) oleh -
digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-. (j) bagi atau untuk - digunakan untuk menentukan sesuatu
perkara yang berbeza. 2. Contoh ayat : Hanim dan keluarganya pergi berkelah pada
hari minggu yang lalu. KATA SERU 1. Bertugas untuk melahirkan
perasaan. 2.
Intonasi atau nada pengucapan yang digunakan adalah bersesuaian dengan perasaan yang hendak diluahkan. 3.
Membentuk ayat seruan dan manggunakan tanda seruan (!) di akhir ayat. 4. Kata seru
ialah : (a) Amboi (rasa hairan,kagum) (b) Aduh (rasa sakit) (c) Aduhai (rasa sedih) (d) Ah (bantahan) (e) Cih (mengejek) (f) Cis (marah) (g) Eh (hairan,terkejut)
(h) Hai (menegur,menarik perhatian) (i) Nah (memberi sesuatu) (j) Oh (kecewa,hairan,terkejut) (k) Wah (kagum) (l) Wahai (menarik perhatian) (m) Syabas (gembira) 5. Contoh ayat : Syabas,awak telah menjadi juara dalam
pertandingan syarahan. KATA BILANGAN 1.
Kata bilangan digunakan untuk menyatakan bilangan atau jumlah sesuatu. 2. Kata bilangan boeh
terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. 3. Kata bilangan terbahagi
kepada : (a)Kata Bilangan Tentu -
Contoh: saatu,dua,tiga, dan seterusnya. -
Contoh ayat : adik
membeli dua biji gula-gula. (b) Kata Bilangan Tak Tentu - Contoh :
semua,segala,beberapa,para. -
Contoh ayat : Semua buaya itu pun beratur dan Sang Kancil
melompat sambil mengira . (c) Kata
Bilangan Pisahan -
Contoh : setiap,tiap-tiap, dan masing-masing. - Contoh
ayat : Setiap pagi Pak Abu akan berniaga ikan di
pasar. (d) Kata Bilangan Pecahan -
Contoh : separuh,sebahagian,sesetengah. Contoh ayat : Separuh daripada kek itu telah dibahagikan
kepada kawan-kawannya. (e) Kata Bilangan Himpunan. -
Contoh: berpuluh-puluh,beratus-ratus,berbakul-bakul. - Contoh ayat : Berpuluh-puluh ekor semut merayap di
dinding. (f). Kata Bilangan Tingkat - Contoh : pertama,kedua.ketiga. -
Contoh ayat : Maliki mendapat tempat pertama dalam acara
lari 100m. KATA GANDA 1.
Kata ganda terbahagi kepada lima iaitu : (a) Kata Ganda Seluruh -
Digandakan seluruhnya. - Terdiri daripada
kata nama,kata adjektif, dan kata keterangan. - Contoh:
budak-budak,jalan-jalan,kotak-kotak. -
Contoh ayat : Budak-budak itu seronok bermain air. (b)
Kata Ganda Separa - Dibentuk pada
sebahagian kata dasarnya. - Contoh : kekuda,tetupai,sesiku. -
Contoh ayat : Rerama itu berterbangan di dalam taman bunga.
(c). Kata Ganda Semu - Terbentuk daripada kata yang digandakan
secara keseluruhannya. - Diberi tanda sempang (-). - Contoh :
anai-anai,kura-kura,obor-obor. Contoh ayat : Suraya membeli gula-gula untuk adiknya. (d) Kata Ganda Berima - Mempunyai sebutan berima di
pangkal,dihujung,atau keseluruhannya. -
Diberi tanda sempang (-). - Contoh : turun-temurun,senyap sunyi. - Contoh ayat : Pak Mat membersihkan semak-samun di
belakang rumahnya. (e) Kata Ganda Berimbuhan/Menyaling - Kata ganda diberi imbuhan. - Imbuhannya terletak di awal,akhir,awal dan
akhir, serta sisipan. - Contoh : berlari-lari,tarik-menarik,rindu-rinduan, - Contoh ayat : Burung helang itu berterbang-terbangan di
angkasa sambil memerhati mangsanya. IMBUHAN 1. Imbuhan terbagi kepada lima iaitu : (a) Imbuhan Awalan - Contoh :
ber...,ter...,di...,ke...,men...,me...,meng...,meny...,pen...,pe...,pem...,peng... dan peny..., - Nabil sedang membaca buku cerita. (b) Imbuhan Akhiran - Contoh : ...an,...i, dan ...kan. - Contoh ayat : Letakkan beg itu di atas meja. (c)
Imbuhan Apitan - Contoh :
ber...an,di...kan,pen...an,per...an,ke...an,men...kan,men...i,memper... kan,memper....i. - Contoh ayat : Persembahan teater itu
sungguh menarik. (d) Imbuhan Sisipan - Contoh : ...el...,er...,dan...em... . Contoh ayat : Azman menggeletar ketakutan apabila
dimarahi oleh abangnya. (e)
Imbuhan Pinjaman - Dikenali juga sebagai imbuhan asing. - Terdiri daripada penambahan hadapan atau
penambahan belakang.
- Contoh : ...man,...wan,...wati,dwi...,pra... Contoh ayat : Raisuddin seorang usahawan
yang berjaya. PENANDA WACANA 1.
Penanda wacana ialah perkataan yang ditulis di hadapan ayat. 2. Contohnya : namun
begitu,walaupun demikian,tambahaan pula,semenjak itu. 3. Contoh ayat : Masri ingin mendapat 5A dalam peperiksaan
UPSR nanti.Oleh itu,dia mesti berusaha dengan lebih gigih. PENJODOH BILANGAN 1. Penjodoh bilangan
digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. 2.
Contoh : angkatan,batang,bentuk,buah,cubit,camca,das,ekor. 3. Contoh ayat : Puan Suhaila menerima sejambak bunga
daripada suaminya. TANDA BACA 1. Tanda baca yang sering digunakan ialah :
(a) Tanda Noktah (.) -
Digunakan di akhir ayat.singkatan.atau gelaran jawatan. - Contoh ayat : Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan
seniman serba boleh yang sukar dicari ganti sehingga kini. (b) Tanda Koma (,) - Digunakan untuk memisahkan perkataan dan
tanda berhenti sebentar. - Contoh ayat : Jadi,Faiz tidak dapat menyertai rombongan
ke Pulau Pinang esok. (c) Tanda Seru (!)
- Digunakan di akhir ayat. -Contoh ayat :
Oh,rupanya-rupanya awaklah orangnya! (d) Tanda Soal (?)
- Ditandakan pada akhir ayat.
- Contoh ayat : Mengapakah awak datang ke sini? (e) Pembuka dan Penutup Kata (“..’’)
- Digunakan dalam dialog. -Contoh ayat :
“Saya nampak lembaga itu,”
kata Azhar.
f. Tanda Sempang (-)
Digunakan untuk menyatakan
unsur-unsur kata ganda.
-Contoh ayat :
Labah-labah itu membuat
sarang di atas pokok.
g. Tanda Koma Bertitik (;)
Digunakan untuk menggantikan
kata hubung.
-Contoh ayat :
Senja kian berlabuh;
burung-burung mulai pulang ke sarang.
h. Tanda Titik Bertindih (:)
Digunakan untuk teks dalam
drama berbentuk dialog.
-Contoh ayat :
Eja : Awak hendak ke mana?
Aisyah : Ke kedai.
JENIS AYAT
1.
Terdapat 4 jenis ayat iaitu :
a. Ayat Penyata
Untuk menerangkan sesuatu perkara.
-Contoh ayat :
Buah betik itu manis.
b. Ayat Tanya
Ayat tanya diberikan partikel “kah” dan tanda soal (?)
-Contoh ayat :
Siapakah yang membaca surat
khabar itu?
c. Ayat Perintah
Diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.
Terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat
larangan, dan ayat kehendak.
-Contoh ayat :
Berikan saya RM2.00.
d. Ayat Seruan
Untuk menyatakan perasaan sama ada marah, suka, sedih,
kesal, dan sebagainya.
Dimulai dengan kata seru dan diakhiri dengan tanda
seru.
-Contoh ayat :
Wah, tingginya Menara Kuala
Lumpur!
PERIBAHASA
1. Peribahasa dapat dikelaskan
kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, pepatah, bidalan, dan perumpamaan.
2. Contoh peribahasa :
a) Simpulan bahasa
-
Ajak-ajak ayam, cakap besar, tajam akal.
b) Pepatah
-
Cubit paha kaanan, paha kiri terasa juga.
c) Bidalan
- Genggam bara api
biar sampai jadi arang.
d) Perumpamaan
-
Bagai kucing kehilangan anak.
3. Contoh ayat :
Azimah menerima buah tangan daripada Mak Leha.
PERBANDINGAN SEMACAM
1. Bandingan semacam ialah perkataan yang
menunjukkan keadaan sifat seseorangatau benda secara bandingan.
2. Contoh : baik macam malaikat, cerdik macam
kancil, lembut seperti sutera.
3. Contoh ayat :
Penonton terpesona mendengar
suara Azwani yang merdu bagai buluh perindu itu.
SINONIM DAN ANTONIM
1. Sinonim ialah
perkataan-perkataan yang hampir sama ertinya.
2. Contoh sinonim :
a) Abah = bapa
b) Adil = saksama
c) Badai = taufan
3. Contoh ayat : cuai = lalai
Akibat kecuaian Aida, pasu
bunga itu pecah berkecai.
4. Antonim pula ialah
perkataan-perkataan yang berlawanan ertinya.
5. Contoh antonim :
a) ada = tiada
b) bantah = setuju
c) asyik = jemu
6. Contoh ayat : cetek = dalam
Air sungai di kampung saya
cetek.