Wednesday 5 December 2012

Dunia Bahasaku -Bahasa Melayu (SK) Tahun 6: Koleksi soalan untuk membina soalan BM Thn.6

Dunia Bahasaku -Bahasa Melayu (SK) Tahun 6: Koleksi soalan untuk membina soalan BM Thn.6

Koleksi soalan untuk membina soalan BM Thn.6

Koleksi soalan untuk membina soalan ujian BM Tahun 6. soalan bm

Skrip Cerita BM

Skrip untuk pertandingan bercerita.



SEMUT DAN BURUNG MERPATI
Selamat pagi kepada Tuan Guru Besar, guru-guru, PPM dan rakan-rakan sekelian. Pada pagi yang ceria ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk: Semut Merah dan Burung Merpati.
Suatu hari, seekor semut cuba menyeberang sungai. Malangnya, semut terjatuh ke dalam air. Nasib baik seekor burung merpati ternampak semut. Dia menjatuhkan sehelai daun supaya semut naik ke atasnya. “Terima kasih” kata semut. Keesokan hari, semut lihat seorang pemburu mahu menembak burung merpati. Semut cepat-cepat menggigit kaki pemburu itu. Pemburu itu menjerit kesakitan. “Aduh! Sakitnya kakiku” kata pemburu itu. Semut sangat gembira. Dia telah menyelamatkan nyawa burung merpati.
Pengajaran: Buat baik balas baik, buat jahat jangan sekali.
Sekian, terima kasih.