PEJABAT PELAJARAN DAERAH BETONG
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH (SK) ZON BETONG
UJIAN SIRI
5 PRA UPSR 2012
BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
011
OGOS 2012
50 MINIT
LIMA PULUH MINIT
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.Jawab semua
soalan.
3.Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu
jawapan yang betul sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4.Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat dengan bersih.
Kemudian tandakan atau hitamkan jawapan yang
baru.
Kertas soalan
ini mengandungi 11 halaman bercetak
[Lihat halaman sebelah]
011@SK Nanga Passa Betong
SULIT
Soalan 1 – 18
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
1.Angkasawan negara ………………. membuktikan keupayaannya.
A mesti B pernah
C sedang D masih
2.Walaupun dia berasal …………kawasan pedalaman, dia
mempunyai bakat yang besar.
A di B dari
C daripada D
kepada
3. ……… dalam
pertandingan antara bangsa pun dia mampu menjadi juara, …………………. pertandingan
yang diadakan di negara sendiri.
A Sedangkan….inikan pula B
Selain itu…inikan pula
C Walaupun…inikan pula D
Manakala…inikan pula
4.Rasit …………. seketika apabila mendapati tiket kapal
terbang ke Jakarta tiada di dalam poket seluarnya.
A berserabut B
menggeletar
C
menggelabah D
menggelodak
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
5. …………… yang berkesan merupakan salah satu faktor
penting untuk meningkatkan hasil sawit.
A Pembajaan B Penyiraman
C Penanaman D Pemangkasan
011
SULIT
6.Banjir kilat ………… antara bencana alam yang
berpunca daripada kesilapan manusia.
A ialah B adalah
C sebagai D sebenarnya
Soalan
7 Berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
7.Orang ramai …..untuk bersalaman dengan pemimpin
negara.
A berebut-rebut B berbaris-baris
C berjalan-jalan D berdedai-dedai
Soalan
8 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
8.Bangunan yang dibina pada zaman penjajah itu
sungguh teguh …………
A nian B betul
C benar D sangat
Soalan
9 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
011
SULIT
9.Sebaik-baik sahaja Bendahara Ali …….punggung,
upacara pun dimulakan.
A meletakkan B melabuhkan
C menjatuhkan D menurunkan
10.Apabila dileteri ibunya, Andak tunduk ke lantai
sambil kakinya …… hujung tikar.
A mengait-ngait B menguis-nguis
C mengais-ngais D mengaut-ngaut
11.Beberapa ……cincin permata akan dipamerkan di
muzium itu.
A biji B utas
C buah D bentuk
12.Oleh sebab masa telah … , anggota pengakap
membatalkan aktiviti meredah hutan pada petang itu.
A lama B suntuk
C singkat D lampau
Soalan
13 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
13.Keadaan jalan itu menjadi semakin sempit apabila
banyak kenderaan diletakkan … jalan.
A di tepi B di bahu
C di tengah D di penjuru
011
SULIT
Soalan
14 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
14.Pokok besar yang berdaun … itu menjadikan keadaan
di hutan itu ….
A halus … sejuk B lebat … redup
C besar … malap D banyak … cerah
15.Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu …
warganya supaya mengamalkan nilai murni pada setiap masa.
A mendidik B meminta
C membela D mengasuh
16. ………. pihak Berkuasa Tempatan telah membuat papan
tanda larangan membuang sampah di situ, …….. masih ada orang yang tidak
mematuhi peraturan tersebut.
A Kendatipun … walhal B Walaupun … padahal
C Sungguhpun … namun D
Walau bagaimanapun … malahan
17.Kawan-kawannya tidak mengetahui sebab Hasan tidak
mahu bermain … itulah permainan yang digemarinya.
A tetapi B
malahan
C walaupun D sedangkan
Soalan
18 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
011
SULIT
18.Kampung Seri Jaya telah ………. air sedalam 1.5
meter pada hari …………..
A
dilimpahi…lusa
B
dibanjiri…dinihari
C
ditenggelami…tulat
D
ditenggelami…kelmarin
19.Banyak tumbuhan yang aneh ditemukan di
hutan simpan itu. Perkataan seerti bagi aneh ialah
A lain
B pelik
C janggal D
istimewa
20.Pasukan polis berundur seketika untuk
memerhati tindak-tanduk penjenayah itu. Pilih perkataan berlawan bagi berundur.
A berbalik C mara
B maju D
terpa
Soalan
21 - 22
Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
21. A Murid
sekolah itu belajar daripada pagi hingga petang.
B Bila
musim buah, banyak orang menghidapi penyakit batuk.
C Dia
minum ubat itu mengikut arahan doktor untuk lekas sembuh.
D Harga
ayam telah meningkat daripada RM5.00 kepada RM5.50 bagi satu kilogram.
22. I
Mereka melayari internet dikafe siber.
II Cili
sos yang dijual di kedai itu sungguh pedas dan amat merah warnanya.
III
Kerosakan penghawa dingin menyebabkan keadaan di dalam bilik itu
panas.
IV Kata mutiara yang ditampal pada
dinding sekolah membangkitkan semangat murid.
A I dan II sahaja B
I dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja D
II, III dan IV sahaja
011
SULIT
23.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap
anak-anak?
A Anak-anak ialah amanah yang perlu dipikul
oleh ibu bapa.
B Mereka perlu memastikan anak-anak cemerlang
dalam pelajaran.
C Ibu bapa terpaksa mencari rezeki halal untuk
membesarkan anak-anak.
D Ibu bapa harus berusaha untuk menjamin masa
depan anak-anak mereka.
Soalan
24 berdasarkan Gambar 8
Gambar 8
Pilih ayat
tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.
24.Dia mendapat kecederaan teruk di kepala dalam
kemalangan itu.
A
Siapakah yang terlibat dalam kemalangan itu?
B
Benarkah dia terlibat dalam kemalangan yang teruk itu?
C
Kepala siapakah yang tercedera dalam kemalangan itu?
D
Bagaimanakah keadaannya setelah terlibat dengan kemalangan itu?
Soalan
25 dan soalan 26
Pilih ayat yang sama
maksud dengan ayat yang diberikan.
25.Jika awak belajar bersungguh-sungguh, awak akan
berjaya.
A
Awak akan belajar bersungguh-sungguh jika berjaya.
B Awak
akan berjaya jika belajar bersungguh-sungguh.
C Awak
akan berjaya walaupun tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.
D Awak
akan berjaya dengan syarat awak belajar bersungguh-sungguh.
011
SULIT
26.Murid sekolah itu gembira kerana pasukan sekolah
mereka menjadi johan dalam perlawanan
bola sepak.
A
Murid-murid sekolah itu berjaya dalam perlawanan bola sepak.
B
Perlawanan bola sepak berjaya membuatkan murid sekolah itu gembira.
C
Kemenangan pasukan bola sepak sekolah itu membuatkan murid-murid sekolah
itu berasa
gembira.
D Gembira
murid-murid itu mereka sekolah berjaya dalam menjadi johan dalam
perlawanan
bola
sepak.
Soalan
27 dan soalan 28. Pilih
ayat yang betul.
27. A Wah, sakitnya kakiku!
B
Amboi, comelnya bayi ini!
C
Aduhai, cantiknya pemandangan di tempat ini!
D
Syabas, kamu tidak berjaya menjuarai acara ini!
28. I Tolong
membelikan barang itu.
II Di
gerai itu menjual air apakah?
III
Adakah kamu menjual minuman?
IV
Wah, murahnya barang yang kamu jual!
A I dan
II sahaja B III
dan IV sahaja
C
I, III, dan IV sahaja
D
II, III dan IV sahaja
Soalan
29 - 30
Pilih peribahasa
yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah.
29.Raju ……..ke Pahang untuk mencari pendapatan yang
lebih lumayan.
A keras hati B buka mata
C bulat fikiran D membawa diri
011 SULIT
30.Peraih itu sering …………….terutama ketika para
pekebun menghadapi masalah kewangan.
A
seperti rusa masuk ke kampung
B menangguk di air keruh
C sediakan payung sebelum hujan D
bagai kambing diseret ke air
Soalan 31 dan 35 berdasarkan petikan di bawah.
Udang adalah antara makanan laut yang lazat. Banyak
restoran di negara kita yang menyajikan udang sebagai hidangan istimewa. Udang
dimasak dalam pelbagai jenis menu seperti udang goreng tepung, udang masak
merah, tomyam udang dan udang goreng.
Oleh
sebab udang mempunyai pasaran yang baik, maka banyaklah pengusaha yang
menternak udang. Penternakan udang telah dimulakan sejak tahun 1930-an. Pada
masa itu, penternakan udang dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Kini, udang
diternak secara moden dan secara besar-besaran di tempat-tempat yang lebih
khusus.
Pengusaha
menternak pelbagai jenis udang seperti udang harimau, udang galah dan udang
pasir. Bagaimanapun, udang harimau lebih popular kerana udang ini mendapat
permintaan yang luas di pasaran.
Untuk
menternak udang, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti jenis
tanah, jenis air dan bentuk muka bumi. Udang boleh diternak sama ada di dalam
air masin atau di dalam air payau. Air yang bersih diperlukan bagi memastikan
udang yang diternak membesar dan membiak dengan baik.
31.Apakah tajuk yang paling sesuai bagi teks di
atas?
A Udang B
Udang Harimau
C
Penternakan Udang
D Makanan Udang
32.Mengapakah udang dikatakan hidangan istimewa?
A
banyak udang B
hidangan yang lazat
C
banyak dijual D
banyak diternak
33.Sejak bilakah penternakan udang dimulakan?
A
pengusaha yang menternak udang
B
tahun 1930-an
C
secara moden dan secara besar-besaran
D permintaan yang luas di pasaran
011
SULIT
34.Mengapakah udang harimau dikatakan amat popular?
A
paling banyak permintaan di pasaran B
paling banyak diternak
C
paling cepat dimasak D
membiak dengan baik
35.Apakah faktor yang perlu diambil kira jika kita
ingin menternak udang?
A udang
goreng tepung, udang masak merah, tomyam udang dan udang goreng
B
secara moden dan besar-besaran di tempar-tempat yang lebih khusus
C
jenis tanah, jenis air dan bentuk muka bumi
D
jenis udang seperti udang harimau, udang galah dan udang pasir
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Bandar
Putra, 31 Ogos – Sekolah Kebangsaan Seri Putera telah mengadakan sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah pada 30 Ogos di tapak perhimpunan sekolah bermula
pada pukul 7.40 pagi. Sambutan gilang-gemilang ini telah dirancang oleh pihak
sekolah yang melibatkan semua guru dan murid, malahan beberapa aktiviti turut
melibatkan ibu bapa.
Sempena
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54, pihak sekolah telah membuat
pelbagai persiapan yang bermula pada 17 Ogos lagi. Sambutan ini juga bertujuan
untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid di samping
membolehkan muird-murid memahami erti kemerdekaan. Murid juga berpeluang
mengenali sejarah tanah air dan negarawan yang memperjuangkan kemerdekaan
negara kita.
Murid, guru dan pekerja sekolah bekerjasama
menggantung sepanduk serta memasang bendera di pintu pagar utama, pagar dan
persekitaran sekolah. Pada hari sambutan, majlis dimulakan dengan perhimpunan
rasmi. Murid bersama-sama dengan guru dan kakitangan sekolah menyanyikan lagu
kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Kemudian, seluruh warga sekolah
menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Sambutan
Hari Kemerdekaan disemarakkan dengan bacaan perutusan Yang Berhormat Menteri
Pelajaran Malaysia. Perutusan itu telah dibacakan oleh Penolong Kanan 1.
Seterusnya murid disajikan dengan sketsa oleh sekumpulan murid tahun enam,
tarian kebudayaan pelbagai keturunan dan bacaan sajak. Selain itu, beberapa
orang murid yang terpilih telah menyampaikan bacaan teks tentang tokoh-tokoh
tanah air. Beberapa acara lain turut diadakan. Murid-murid tahap satu menyertai
pertandingan melukis dan mewarna. Dua pertandingan dianjurkan khas untuk murid
tahap dua, iaitu pertandingan menulis esei dan membuat folio tentang
kemerdekaan.
011
SULIT
Ketika
ditemui, ibu bapa yang turut membantu sekolah menjayakan sambutan ini
berpendapat murid-murid hendaklah dipupuk dengan semangat cinta akan negara
sejak di bangku sekolah. Menurut Guru Besar, murid sekolah perlu didedahkan
kepada sejarah tanah air supaya mereka menghargai negara kita yang merdeka,
aman dan makmur.
Majlis Hari Kemerdekaan
tersebut tamat pada pukul 1.00 tengah
hari. Majlis ini cukup bermakna dan berupaya menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid-murid. Murid-murid akan menghargai erti kemerdekaan dan akan
sanggup berkorban untuk negara tercinta ini.
36.Apakah tujuan sambutan tersebut diadakan?
A Memeriahkan sambutan kemerdekaan negara.
B Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan
murid.
C Menyemai semangat patriotik dan mendedahkan
erti kemerdekaan.
D Membolehkan murid, guru dan ibu bapa
menyambut kemerdekaan negara.
37.Apakah pandangan bukan warga sekolah terhadap
sambutan tersebut?
A Murid hendaklah dipupuk dengan semangat
patriotik sejak di bangku sekolah.
B Murid hendaklah didedahkan dengan sejarah
tanah air.
C Murid perlu menghargai sejarah tanah air yang
merdeka, aman dan makmur.
D Sambutan ini hendaklah diadakan dengan meriah
pada tahun hadapan.
38.Kamu sebagai murid tahun enam, kamu dapat
menyertai…
A pertandingan lagu-lagu patriotik.
B pertandingan melukis dan mewarna.
C persembahan kebudayaan, deklamasi sajak dan
mewarna.
D pertandingan membuat folio, menulis esei dan
membuat persembahan sketsa.
011
SULIT
39.Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Menteri Pelajaran Malaysia telah menyampaikan
perutusan.
B Sambutan itu diadakan sehari sebelum hari
kemerdekaan.
C Pelbagai aktiviti sambutan telah dirancang
oleh ibu bapa.
D Tokoh-tokoh tanah air turut dijemput untuk
menyemarakkan majlis itu.
40.Perkataan tamat
dalam petikan bermaksud
A habis
C akhir
B siap
D selesai
SOALAN
TAMAT
No comments:
Post a Comment