Friday 26 October 2012

Set Soalan Objektif(Taksonomi Bloom)


Satu set soalan objektif (taksonomi Bloom)

1.    (Aras Pengetahuan)
Gambar 1
Alat yang ditunjukkan dalam Gambar 1 di atas dikenali sebagai….
A  kanvas
B  kotak
C  khemah
D  rumah

2.    (Aras Pemahaman)
“Untuk meminjam khemah ini anda akan dikenakan cagaran sebanyak RM120.00” kata Cikgu Liza.  Cagaran dalam ayat di atas bermaksud...
A  wang ehsan
B  wang ganjaran
C  wang hadiah
D  wang pendahuluan

3.    (Aras Aplikasi)
“__________, bolehkah dikurangkan sedikit kadar cagaran tersebut? _________ juga memerlukan wang untuk menyewa bas dan membeli peralatan perkhemahan yang lain” kata Boon Seng.
A  Aku…Engkau
B  Cikgu…Kami
C  Awak…Aku
D  Kita…Cikgu


4.    (Aras Analisis)
Semasa perkhemahan itu, setiap kumpulan ditugaskan ___________  khemah masing-masing.
A  memasang
B  membuka
C  menebarkan
D  membersihkan

5.    (Aras Sintesis)
Damar merupakan bahan penting dalam _________________ batik.
A  buat
B  membuat
C  pembuatan
D  perbuatan

6.    (Aras Penilaian)
Keadaan di dalam hutan itu _________ dan kelihatan cahaya matahari cuma memancar di celah-celah pokok.
A  gelap
B  nyaman
C  malam
D  redup

7.    Perutmu sarat dengan hasil bumi bererti…
A  kaya
B  merana
C  sengsara
D  kenyang





8.    Bunga roselle boleh dijadikan sebagai __________________ yang boleh ___________________.
A  bahan kecantikan…. landskap hiasan
B  kalungan bunga… penghias halaman
C  pembuatan tonik… penyeri kawasan
D  jus minuman… menyejukkan badan 

9.    Tenggiling menggulungkan dirinya untuk _______________ diri daripada musuh.
A  menjaga
B  melawan
C  mencantikkan
D  melindungi


Gambar 2

  1. Mengapakah lebah itu hinggap di atas bunga?
A  Untuk menghisap madu.
B  Untuk berehat seketika.
C  Untuk terbang bergembira.
D  Untuk menghiasi bunga.

Gambar 3
  1. Kata seerti bagi aktiviti yang ditunjukkan dalam Gambar 3 di atas ialah _____________beg.
A  mengendong
B  menggulung
C  menggalas
D  menjulang

Gambar 4
  1. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan berdasarkan Gambar 4 di atas.
Mengapakah budak-budak itu meredah hutan?
A  Budak-budak itu sedang bersiar-siar di dalam hutan.
B  Budak-budak itu sedang berkejar-kejaran di dalam hutan.
C  Budak-budak itu mahu menangkap monyet yang bergayutan di atas dahan.
D  Budak-budak itu sedang melihat dan memerhatikan hidupan di dalam hutan.


  1. Laga _______________ pengsan apabila terjatuh ke dalam gaung yang ____________ itu.
A  dekat…. rata
B  nyaris….curam
C  segera…kesat
D  cemas…licin

  1. Beberapa ekor monyet sedang bergayutan pada pohon yang _________________ itu.
A  atas
B  tinggi
C  renek
D  panjang

  1. Di hutan itu terdapat pokok-pokok yang tinggi dan berbatang lurus. Lawan perkataan lurus ialah
A  tinggi
B  panjang
C  bengkok
D  melintang

No comments:

Post a Comment