Peribahasa
Simpulan Bahasa
Aa
ada jalan ada cara untuk melakukan sesuatu
anak dagang orang yang merantau ke tempat lain
angkat kaki melarikan diri, meninggalkan sesuatu tempat atau majlis dalam keadaan tergesa-gesa
Bb
bahasa dalam, bahasa istana bahasa kehormatan (bahasa yang digunakan di istana)
berat sebelah tidak adil
beri muka memberikan kebebasan; terlalu memanjakan seseorang
Cc
campur tangan turut serta dalam urusan orang lain
Dd
dalam tangan pasti diperolehi
darah daging anak kandung
durian runtuh mendapat keuntungan dengan tiba-tiba
Hh
harga diri kehormatan diri
harga mati harga sesuatu barang yang tidak boleh ditawar lagi
Ii
ikat perut mengurangkan makan kerana ingin berjimat
isi hati, isi perut perasaan atau fikiran
Jj
juling air juling sedikit
Ll
langkah kanan mujur, bernasib baik
langkah kiri nasib malang, kedatangan tidak kena pada waktunya
lepas tangan tidak mahu masuk campur dalam sesuatu hal; tidak mahu bertanggungjawab
Mm
makan hati dukacita atau sedih angkara perbuatan orang lain
memasang telinga mendengar dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati
mencari jalan berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu hal
Nn
naik angin tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir mati
Pp
pekak badak tidak dapat mendengar bunyi yang kuat tetapi dapat mendengar bunyi yang perlahan
putih tulang rela berkorban demi mempertahankan negara atau sesuatu yang amat disayangi
putih mata kecewa; mendapat malu
Ss
serkap jarang tuduhan yang dibuat secara agak-agak
Tt
telinga nipis orang yang lekas marah
titik peluh penat lelah atau usaha yang bersunggguh-sungguh
No comments:
Post a Comment