Tuesday 13 November 2012

Perumpamaan

PERIBAHASA PERUMPAMAAN

Bb
Bagai bertepuk sebelah tangan perasaan cinta yang tidak mendapat balasan
Bagaia bulan jatuh ke riba mendapat untung besar
Bagai dihiris dengan sembilu pedih sekali
Bagai itik pulang petang berjalan lambat
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati
Bagai kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas dari sengsara
Bagai melepas anjing tersepit membantu orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai menatang minyakyang penuh menjaga seseorang dengan penuh perhatian, kasih, dan sayang
Bagai murai tercabut ekor perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pinang dibelah dua serupa benar

Ll
Laksana kunyit kena kapur lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu dll)
Laksanan pohon kayu tiada berbuah ilmu yang tiada diamalkan

Ss
Seperti air di dalam kolam orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
Seperti cincin dengan permata jodoh yang sesuai benar
Seperti duduk dalam duri dalam keadaan yang amat gelisah
Seperti emas baru disepuh keelokan seseorang perempuan
Seperti gagak pulang ke benua tidak berubah keadaan walaupun sudah merantau
Seperti hujan jatuh ke pasir nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
Seperti kaca jatuh ke batu hati yang hancur kerana amat dukacita
Seperti kacang lupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Seperti sampah hanyut orang yang melarat hidupnya

Uu
Umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga perangai daripada baka yang asal tidak akan berubah juga
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan
Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi tidak tetap pada suatu tempat

No comments:

Post a Comment