SEMUT
DAN BURUNG MERPATI
Selamat pagi kepada
Tuan Guru Besar, guru-guru, PPM dan rakan-rakan sekelian. Pada pagi yang ceria
ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk: Semut Merah dan
Burung Merpati.
Suatu hari, seekor
semut cuba menyeberang sungai. Malangnya, semut terjatuh ke dalam air. Nasib
baik seekor burung merpati ternampak semut. Dia menjatuhkan sehelai daun supaya
semut naik ke atasnya. “Terima kasih” kata semut. Keesokan hari, semut lihat
seorang pemburu mahu menembak burung merpati. Semut cepat-cepat menggigit kaki
pemburu itu. Pemburu itu menjerit kesakitan. “Aduh! Sakitnya kakiku” kata
pemburu itu. Semut sangat gembira. Dia telah menyelamatkan nyawa burung
merpati.
Pengajaran: Buat baik
balas baik, buat jahat jangan sekali.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment