Wednesday 31 October 2012

Contoh Pidato Sekolah Rendah


Saya Arcelia Sheira ak Duat,dari SK Nanga Passa,Betong,ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.
Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus  Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengan gerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan  Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.
Para pendengar sekalian,
Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.
Warga dewan sekalian,
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.
Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja  dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.
Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.
Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih dan salam 1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.

14 comments:

  1. Cikgu, minta diguna oleh saya dari SK Nanga Meluan, Julau

    ReplyDelete
  2. cikgu... mohon izin untuk menggunakan pidato ini. jenius joseph, sk. kolapis beluran, sabah

    ReplyDelete
  3. Terima atas perkongsian ini. Izinkan saya berkongsi untuk anak murid saya. terima kasih

    ReplyDelete
  4. cikgu minta izin nak guna oleh saya dari sk bukit piatu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ..izinkan saya untuk mengguna pidato ini..

    ReplyDelete
  6. cikgu minta izin nak guna oleh saya dari sk convent bukit nanas 2

    ReplyDelete
  7. minta izin untuk sy jadikan cth kpd murid

    ReplyDelete
  8. Izinkan sy nak guna untk pertandingan nnti di sk agama sibu.

    ReplyDelete
  9. Ignorance saya menggunakan karangan pidato ini saya dari SKPP8(2)

    ReplyDelete
  10. TKASIH ATAS PERKONGSIAN. MOHON MWNGGUNAKAN TEKS INI UNTUK MURID SAYA.

    ReplyDelete
  11. Caesars Sportsbook in Maricopa reopens after 3 months of
    Caesars Sportsbook in Maricopa reopens 군산 출장마사지 after 부산광역 출장샵 3 구리 출장안마 months of open season. Maricopa sportsbook opened 상주 출장샵 July 1 전주 출장마사지 and has reopened.

    ReplyDelete
  12. Mohon keizinan untuk digunakan dalam PdP BM SR sekolah saya

    ReplyDelete