Saya Arcelia Sheira ak Duat,dari SK Nanga Passa,Betong,ingin
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Kepentingan Kegiatan
Kokurikulum”.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan
pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh
setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.
Pertama sekali,saya ingin
menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus
Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala
kokurikulum
pula sama maksudnya dengan gerakkerja di
luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan
keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.
Para pendengar sekalian,
Kegiatan Kokurikulum merangkum
kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah
Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan
Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja
Sekolah.
Warga dewan sekalian,
Selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap
murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan
beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.
Pertama,warga dewan
sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan
dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika
menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Keduanya, para pendengar
sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai
pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih
agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak
mengawal perasaan dan sebagainya.
Ketiganya, murid-murid dilatih
berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk
membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.
Yang terakhir,warga dewan yang
dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan
pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau
persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi
muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian,terima kasih dan salam
1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.
Cikgu, minta diguna oleh saya dari SK Nanga Meluan, Julau
ReplyDeletecikgu... mohon izin untuk menggunakan pidato ini. jenius joseph, sk. kolapis beluran, sabah
ReplyDeleteTerima atas perkongsian ini. Izinkan saya berkongsi untuk anak murid saya. terima kasih
ReplyDeletecikgu minta izin nak guna oleh saya dari sk bukit piatu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ..izinkan saya untuk mengguna pidato ini..
ReplyDeletecikgu minta izin nak guna oleh saya dari sk convent bukit nanas 2
ReplyDeleteminta izin untuk sy jadikan cth kpd murid
ReplyDeleteIzinkan sy nak guna untk pertandingan nnti di sk agama sibu.
ReplyDeleteIgnorance saya menggunakan karangan pidato ini saya dari SKPP8(2)
ReplyDeleteTKASIH ATAS PERKONGSIAN. MOHON MWNGGUNAKAN TEKS INI UNTUK MURID SAYA.
ReplyDeleteCaesars Sportsbook in Maricopa reopens after 3 months of
ReplyDeleteCaesars Sportsbook in Maricopa reopens 군산 출장마사지 after 부산광역 출장샵 3 구리 출장안마 months of open season. Maricopa sportsbook opened 상주 출장샵 July 1 전주 출장마사지 and has reopened.
booh
ReplyDeleteMohon keizinan untuk digunakan dalam PdP BM SR sekolah saya
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete